Kalau jenis yang baru pertama kali beli dan pasang sendiri tong gas mesti tak tahu cara sebenar memasang ia.
Kadang-kadang yang ‘legend’ pun ambil masa nak betulkan jika ada bunyi gas keluar selepas pasang kepala gas.
Takut juga kalau banyak sangat gas keluar kemudian ada pula orang terpasang api, mahu meletup satu rumah.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Arm Ika yang dikongsi semula halaman ‘Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah’.
Cara hilangkan bunyi gas
“Saya nak kongsi ilmu mengenai tong gas, bila pasang kepala gas untuk gas yang baru, lepas tu ada bunyi gas keluar, ini adalah cara untuk atasinya.”
Cara-cara:
1. Pastikan ada gas hitam di bahagian dalam kepala gas.
2. Keluarkan getah tu guna pisau atau gunakan alatan dengan muncung tirus untuk menyenangkan proses mengeluarkan getah tersebut.
3. Bila dah keluarkan nanti, terbalikkan sahaja getah hitam tu dan masukkan semula.
4. Kemudian tekan rapat supaya ia masuk kembali, guna jari pun boleh.
“Kalau tiada getah langsung, boleh sahaja ambil ia dari tong gas lain dan masukkan ke dalam tong has tersebut.
“Tapi kalau semua langkah dibuat tapi masih juga ada bunyi maka bolehlah cari orang yang lebih arif, jangan memandai betulkan sendiri.
“Ramai juga yang guna cara lilit getah di kepala luar tu ya, itu pun memang membantu dan berkesan, ” jelasnya.
Baca juga: Arif Aiman tersenarai di tangga kedua penjaring terbanyak kalahkan Ronaldo