Penyanyi, Syafiq Farhain menolak tawaran menjadi vokalis kumpulan Iklim untuk menggantikan bapanya, Allahyarham Saleem.
Namanya mula dikenali selepas menyertai rancangan Big Stage pada tahun 2018.
Menurut Kosmo, Syafiq terpaksa menolak tawaran tersebut kerana komitmen kerja sebagai anggota bomba.
“Memang benar sebelum ini kumpulan Iklim ada mengajak saya untuk menyertai Iklim sebagai vokalis tetap mereka.
“Tawaran itu merupakan satu penghormatan untuk saya untuk meneruskan legasi arwah bapa.
“Tetapi selepas berfikir panjang saya terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat beri komitmen sepenuhnya.
“Sekarang saya masih bekerja sebagai anggota bomba dan itu keutamaan saya. Selain, saya juga sibuk dengan karier sebagai penyanyi solo,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Tambahnya bukan senang untuk menaikkan namanya dalam industri seni, malah kumpulan iklim juga sudah vokalis baru.
“Peminat sudah kenal saya dengan nama Syafiq Farhain, jika saya sertai kumpulan Iklim saya harus buang nama Syafiq Farhain dan gunakan Syafiq Iklim.
“Rasa sayanglah usaha keras saya selama ini hilang begitu sahaja. Jadi, lebih baik saya bergerak secara solo,” ujar Syafiq.
“Saya tidak ganti arwah bapa atau abang Azmani sebagai vokalis Iklim, sebaliknya hanya menjayakan kerjasama bersama mereka mengikut projek. Kiranya Iklim feat Syafiq Farhain.
“Rasanya cara itu lebih sesuai, peminat dapat menyaksikan saya bersama Iklim tetapi dalam masa sama saya tidak terikat dengan mereka,” kongsi Syafiq.
Baca juga: Masih solo di usia 50 tahun, Nasha Aziz dan Datuk Syafinaz bahagia hidup tanpa lelaki