Malaysia Dateline

Ada lagi kes maut dirempuh pemandu mabuk bawah kerajaan PN

Walaupun hampir setahun di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), kes maut dirempuh pemandu mabuk masih lagi berlaku.

Kelmarin, seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta yang dipandu lelaki dipercayai mabuk di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di Kluang.

Dalam kejadian 10.25 malam itu, Lans Koperal Bradford Bernard, 28, yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa baru sahaja selesai tugas kawalan keselamatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam sebelum pulang ke IPD Kluang.

Pemandu kereta Mercedes-Benz yang berusia 58 tahun didapati positif alkohol melebihi had ditetapkan.

Lelaki mabuk itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa menyebabkan anggota polis itu parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Motor ditungangg mendiang juga didapati hancur di lokasi nahas. Siasatan lanjut polis mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan selepas PRU-14 tahun 2018, pembangkang ketika itu terutama Pas kerap memainkan sentimen Melayu Islam setiap kali berlaku kes maut dirempuh pemandu mabuk.

Mendiang yang masih dalam seragam polis parah dan mati di lokasi nahas.

 

Pemandu Mercedes-Benz yang mabuk berusia 58 tahun itu juga mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes penipuan.