Ada masalah rahim terbalik, Janna Nick menangis baca komen hina suami, persoal bila nak dapat anak

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak mengimpikan untuk miliki zuriat sendiri tapi jika namanya belum rezeki maka siapalah kita untuk menghakimi.

Ini tidak, sembunyi di belakang telefon dan dengan sinis meninggalkan komen seolah-olah mengambil alih kerja Tuhan.

Kecewa apabila sering disoal mengenai anak, pelakon dan penyanyi Janna Nick tampil menjawab isu yang lama terbuku di hati.

Menerusi satu video di TikTok, Janna terkesan dengan satu komen dari pengguna yang menyatakan bahawa suaminya Dini atau nama sebenarnya Muhamad Dini Azan Schatzmann ada banyak hormon perempuan.

“Dini ni mesti terlebih hormon perempuan banyak, sebab tu susah dapat anak,” tulis komen tersebut.

Bagi Janna, komen tersebut adalah kurang ajar malah memaklumkan sudah mencuba sehabis baik untuk hamil.

“Sangat kurang ajar, kita dah buat macam-macam, kami dah buat segalanya untuk mengandung. Bila semua tanya bila nak dapat anak, ingat saya pun tak tertanya benda sama ke.

“Sekarang bulan 10, cukup setahun saya buat IVF dan saya gagal, saya dah buat semua ujian dan Dini pun buat juga, kami berdua tak ada masalah.

“Cuma masa buat IVF tahun lepas, telur saya sangat teruk, telur cuma ada lima sahaja dan ia semuanya rosak,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Dalam pada itu dia memaklumkan sudah sehabis baik mengubah gaya hidupnya agar peluang untuk hamil lebih cerah.

“Saya tahu saya ada masalah rahim terbalik, jadi saya kurangkan kerja, sebab saya nak tukar gaya hidup, nak amalkan gaya hidup sihat.

“Ada orang siap komen suruh ibu mengandung pihak ibu jari kaki saya, saya sanggup buat sebab saya rasa terdesak untuk ada bayi.

“Saya selalu baca komen yang mendoakan kami berdua dan saya bersyukur ada orang memahami situasi kami,” jelasnya.

Pada masa sama Janna dan suami berharap agar segala komen negatif dikurangkan kerana ia sedikit sebanyak menggangu emosinya.

Baca juga: Dewi umum letak jawatan daripada Pizza Wagyu Jofliam