Penyakit darah tinggi dikenali sebagai “penyakit lemah”. Pesakit biasanya dilarang makan makanan yang terlalu masin, berlemak dan daging kambing.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut, serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung dan kerosakan buah pinggang.
Bagaimanapun ada cara untuk mengurangkan sakit darah tinggi dan beberapa petua tradisional dalam perubatan Melayu, ikuti cara ini;
Pilihan 1: Minum rebusan rumput ambin atau kelek anak. Sukatan yang digunakan untuk sekali minum ialah secekak jari manis rumput ambin, buah direbus dengan 3 cawan air. Rumput ini direbus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Air rebusan ini diminum tiap-tiap pagi dan malam.
Pilihan 2: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
Pilihan 3: Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan meminum ramuan tradisional ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 4: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus. Ia mampu menghancurkan penggumplan darah.
Pilihan 5: Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Pilihan 6: Makan biji buah Peria.
Pilihan 7: Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
Pilihan 8: Minum air rebusan daun pokok Ati-Ati.
Pilihan 9: Amalkan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman seharian.
Pilihan 10: Minum air rebusan pokok Dukung Anak.
Pilihan 11: Belimbing buluh boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda, 2 biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.
Pilihan 12: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah mampu merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.
Pilihan 13: Celurkan pucuk dan bunga betik hingga masak dan makan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat berkesan untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur. Jangan campurkan dengan air. Dapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu embunkan sehingga pagi. Bila bangun pagi sebelum minum atau makan, anda hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama 3 hari berturut-turut.
Pilihan 15: Makan buah Mengkudu. Ia mampu menurunkan kolesterol tinggi, menurunkan tekanan darah tinggi dan menurunkan kadar gula dalam darah.
Baca juga: Nak hilangkan bau hamis di badan dan elakkan sembelit guna dua bahan ini