Malaysia Dateline

Hanipa Maidin 1

Ada orang kerjanya kritik orang lain tapi bukan diri dia

Program di Sepang hari ini seawal 9 pagi dengan saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pasca Banjir Daerah Sepang di Pejabat Daerah Sepang yang dipengerusikan oleh tuan DO sendiri. Banyak agensi kerajaan yang terlibat.

Bila tuan DO meminta saya berkata sesuatu, saya habaq: “Dalam isu banjir di Sepang ini, tuan puan semua adalah hakikatnya hero sebenar. saya ini ibarat pelakon tambahan sahaja. Apa pun bersyukur kita boleh bekerja sebagai satu pasukan di Sepang”.

Saya juga habaq: “Di waktu banjir ini, there are so many armchair critics yang kerja utama mereka adalah antara lain sibuk mengkritik semua orang kecuali diri mereka sendiri.

“Mereka tak sedar mereka mungkin boleh merendahkan motivasi para petugas yang sibuk membantu mangsa di lapangan”.

Selepas mesyuarat itu seperti biasa saya bergerak pergi ke beberapa lokasi lain. Hari ini isteri juga hadir sekali.

 

Gambar-gambar membersihkan rumah mangsa banjir