Ada pihak guna mekanisme murahan tutup amalan rasuah, kata Nakhaie

Ada pihak guna mekanisme murahan tutup amalan rasuah, kata Nakhaie

Mantan Naib Ptresiden Pas, Mohd Nakhaie Ahmad menyifatkan penggunaan kata-kata “bahaya campur tangan asing”, “tiada bukti kukuh dan “nama Malaysian Official 1 tidak disebut’ hanyalah mekanisma murahan untuk nenutup amalan rasuah, penyelewengan, pecah amanah dan mencuri wang negara berbilion ringgit.

Lebih malang katanya perkataan-perkataan ini diucap dan diulang oleh mereka yang dikenali masyarakat sebagai orang agama.

“Sekiranya penyiasat-penyiasat dalam negara yang berwibawa tidak dibunuh atau tidak diganti dengan penyiasat-penyiasat cap ayam, sudah lama perkara yang sebenarnya berlaku dapat diketahui rakyat.

“Tak perlu bergantung kepada siasatan yang dibuat di luar negara.

Beliau mempersoalkan selama manakah skandal ini hendak disembunyikan.

“Sejauh mana mereka yang bersekongkol untuk melindungi penyelewengan ini hendak pergi?” soalnya.

Habuan yang diterima hasil persekongkolan dengan pemerintah zalim kata beliau tidak kekal.

“Berapalah sangat nilai pangkat dan wang ringgit yang diperolehi berbanding dengan nilai bercakap benar untuk memelihara kepentingan rakyat?

“Adakah mereka fikir Allah akan berpihak kepada perbuatan mereka melindungi penyelewengan dan kejahatan?” beliau terus menimbulkan persoalan.

Beliau menyeru semua pihak supaya meninsafi segala keburukan yang telah berlaku.

“Ceritalah perkara yang sebenar,” ujar beliau.

TAGS