Benarkah jika individu yang mempunyai gangguan, apabila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran termasuklah ayat Ruqyah akan mempunyai tindak balas seperti meracau-racau?
Wallahualam namun beberapa golongan yang arif mengenai hal ini mengakui hal sedemikian.
Oleh sebab itu, ada beberapa pendapat yang tidak menggalakkan kita memasang ayat ruqyah semasa memandu kerana bimbang pemandu akan memberi tindak balas tidak sepatutnya.
Sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta dan kemalangan cukup tinggi.
Untuk pengetahuan anda, ayat Ruqyah ialah cebisan ayat daripada kitab Al-Quran.
Maka itu, hukum untuk membaca atau memasang ayat-ayat perlindungan ini adalah sunat.
Walau bagaimanapun, hukumnya boleh berubah mengikut keadaan. Ibadah seperti membaca Al-Quran, solat dan puasa ada ketikanya boleh menjadi haram mengikut waktu dan lokasi.
Contohnya, adalah haram untuk membaca Al-Quran ketika di tandas ataupun ketika sesi khutbah pada solat Jumaat.
Tetapi kenapa ustaz melarang bacaan ayat Ruqyah di dalam kereta? Kami kongsikan artikel di bawah ini.
Sebenarnya, larangan untuk membaca ayat Ruqyah adalah untuk golongan yang mudah mengalami kerasukan sahaja.
Dengan itu, kenal pasti dahulu sama ada anda pernah dirasuk ataupun tidak. Kalau tidak pernah, maka tiada masalah untuk anda mengamalkan ayat-ayat suci di dalam kereta.
Seseorang yang pernah dirasuk sebenarnya lebih mudah untuk terkesan. Malah mereka boleh hilang kawalan terhadap kenderaan apabila mendengar bacaan Al-Quran di dalam kereta.
Begitu juga dengan penumpang di mana mereka boleh melakukan tindakan yang luar biasa apabila dirasuk seperti cubaan untuk membuka pintu untuk melompat keluar daripada kereta. Perkara ini boleh mengakibatkan kemalangan.
Mengenai bacaan di dalam kereta, pakar gangguan makhluk halus berpendapat bahawa apabila kita bergerak dari titik A ke titik B, kita sebenarnya melalui tempat-tempat mereka.
Bacaan ayat Ruqyah boleh dianggap mengganggu dan mengancam tempat mereka. Maka itu, mereka akan bertindak. Sejauh manakah kebenaran perkara ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Untuk mengelakkan daripada situasi sebegini berlaku, adalah lebih baik sekiranya amalan membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran di dalam kereta ditangguhkan dahulu.
Baca juga: Pelajar ambil grab ‘4 seater’ tapi masuk sampai 6 orang, pemandu terus batal dan halau keluar