Pernah tertanya kenapa kedudukan kerusi milik Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail diletakkan di tengah-tengah antara takhta Sultan dan Permaisuri Johor?
Ketika Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyambut ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-65 pada 22 November tahun lalu, kerusi anakanda pertama Tunku Ismail menjadi tumpuan.
Bukan suatu kebetulan, pastinya ada mesej penting yang cuba disampaikan melalui penentuan kedudukan Tunku Iskandar di singgahsana kerajaan negeri Johor itu.
Seorang pengguna TikTok menjelaskan perkara itu menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di platform berkenaan.
Jelas individu yang menggunakan akaun @starafmedia itu, kedudukan kerusi milik Raja Muda itu merupakan simbolik kepada kesinambungan takhta negeri Johor.
“Kita dapat melihat Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail telah diletakkan di antara takhta Sultan Johor dan juga takhta Permaisuri Johor.
“Dapat kita simpulkan bahawa ini adalah satu simbolik penting yang melambangkan kepentingan susur galur dan juga kesinambungan pewaris takhta di negeri Johor,” katanya.
Diputerakan pada 10 Oktober 2017, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim adalah putera sulung kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Setelah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Johor, Tunku Iskandar secara rasmi menjadi waris kedua kepada takhta pemerintahan kerajaan Johor yang menyusul selepas ayahandanya, Tunku Ismail
Baca juga: Buat semburan ‘homemade’, boleh hilangkan karat pada perkakas guna 3 bahan sahaja!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio