Ada tokoh Umno api-apikan pengantungan jawatan Muhyiddin, dakwa rebel Umno

Oleh MALAYSIADATELINE

Mohamad Zin (dua dari kiri) bersama ahli GKCM di lobi RoS pagi tadi yang mahu siasatan dilakukan terhadap pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin dalam parti.Beberapa hari sebelum diumumkan pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno pada Februari lalu sudah timbul suara-suara desakan dikalangan tokoh dalaman Umno agar pengantungan jawatan itu dilaksanakan jelas melanggar perlembagaan parti, dakwa kumpulan rebel Umno.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Presiden Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Datuk Mohamad Zin Mustapa yang mendakwa, ada pihak yang mengapi-apikan agar pengantungan jawatan itu dilakukan.

“Beberapa hari sebelum pengantungan itu berlaku ada pihak yang mengapi apikan pengantungan jawatan Muhyiddin. Suara sumbang itu datang daripada beberapa tokoh yang nampaknya telah menyalahguna perlembagaan Umno.

“ Mengapa Muhyiddin tidak dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno untuk memberi penjelasan?” soalnya.

Beliau di temui Malaysia Dateline selepas menghantar surat kepada  Pentaftar Pertubuhan Sosial Malaysia (RoS) di Putrajaya pagi tadi

GKCM menghantar surat kepada petubuhan untuk meminta menjalankan siasatan terhadap pengantungan jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 26 Februari lalu.

Mohamad Zin berkata perundangan dan perlembagaan parti tidak boleh digunakan mengikut tafsiran ahli parti yang berkepentingan.

“Sejak kebelakangan ini Umno dilihat begitu rakus mengenakan tindakan demi tindakan terhadap ahlinya yang tidak sehaluan dengan presiden parti.

“Hari ini kita mahu RoS melakukan siasatan ke atas pengantungan Muhyiddin yang jelas ada unsur khianat di kalangan ahli parti.

“Perlanggaran perlembagaan perlu diambil berat di atas sesuatu pertubuhan yang berdaftar serti parti Umno ini.” terangnya.

Ujar beliau lagi, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor seharusnya bertindak bijak sebelum mengumumkan sebarang kesalahan yang dilakukan ahli parti.

“Sesuatu kesalahan di lakukan ahli parti perlu rujuk perlembagaan parti terlebih dahulu untuk diambil tindakan kepada ahli parti jika betul ahli melanggar peraturan.

“Hanya andaian mereka (Setiausaha Agung dan Majlis Tertinggi Umno) saja.

“ Sebelum kami hantar laporan ini kami sendiri telah memeriksa semua peraturan dalam perlembagaan dan undang-undang, sebab itu kami tetap bawa isu ini kepengetahuan RoS.” ujarnya.

Pada 4 Mac lalu jawaban balas Tengku Adnan yang menjelaskan, keputusan MT Umno gantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno tidak boleh dicabar di mahkamah ataupun menerusi RoS.

Ini kerana keputusan penggantungan itu dibuat mengikut perlembagaan partidi bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah.

Penggantungan jawatan Muhyiddin dibuat di bawah kuasa sedia ada dan lebihan (residual powers) Majlis Tertinggi (MT) seperti di dalam Fasal 10.15.

Ini kerana pada hari sama, Muhyiddin sebelum itu dalam sidang akhbarnya berkata, beliau akan rujuk kesnya kepada RoS untuk dapatkan kepastian kerana mendakwa ia keputusan MT Umno itu tidak ikut prosedur.