Malaysia Dateline

Adakah Air Force berjaya mengatasi Mat Kilau? Ini ‘review’ dari seorang Mejar

Filem Mat Kilau telah berjaya mengutip RM80 juta dalam tampoh tayangannya, namun mampukah filem yang sedang ditayangkan di pawagam ketika ini iaitu Air Force The Movie memgatasi filem epik itu.

Apakah filem Air Force yang penuh aksi tentera dan patriotik ini berjaya mengatasi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Adakah Air Force berjaya mengatasi Mat Kilau? Ini 'review' dari seorang Mejar

Air Force The Movie adalah filem arahan Zulkarnain dan Fransee dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama-sama liga syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, GSCinemas, Astro, FXHammer Films dan Sixfun Media.

Air Force difahamkan sudah mengutip RM6 juta yang baru sahaja mula ditayangkan pada 25 Ogos baru-baru ini sempena sambutan kemerdekaan negara.

Sejauhmanana filem ini boleh mengatasi Mat Kilau, ikuti review daripada Mejar Mohd Fitri yang sudah menonton.

Alhamdulillah, saya baru keluar tonton filem terbaru ini. 5 pendapat saya

1.Jalan cerita yang ringkas, senang difahami. Aset-aset TUDM ditunjuk dengan baik dan realistik. Tahniah ATM, TUDM, PASKAU dan semua yang terlibat.

2.Jatuh juga beberapa titik air mata saya ketika tonton beberapa babak filem ini. Yang ini, anda kena tonton sendiri babak-babaknya. (Lejen memang Lejen)

3.Kepada peminat filem kombat/filem aksi, saya boleh simpulkan filem Air Force The Movie ini ialah versi Malaysia untuk gabungan filem Tears Of The Sun + Behind Enemy Lines + Top Gun.. (Tetapi kita tidak boleh menyamakan level dengan filem-filem itu, kerana bajet yang jauh berbeza). Walaupun bajet tidak tinggi, filem Air Force The Movie ini masih cukup memenuhi selera anda. Insya Allah, puas hati.

4.Kepada kerajaan Malaysia. Berhenti bermain-main dengan bajet pertahanan untuk Angkatan Tentera kita. Penuhi keperluan ikut cadangan dan program yang diberi oleh tentera kita lebih-lebih lagi untuk Tentera Udara dan Tentera Laut. Mohon rakyat menyokong kuat penambah-baikan untuk aset-aset tentera kita.

5.Saya cadangkan beberapa filem berkualiti keluaran Malaysia ini boleh ditunjukkan di semua sekolah, kolej, universiti, untuk menambahkan rasa patriotik dan cinta kepada negara seperti LEFTENAN ADNAN, PASKAL THE MOVIE,
GERAN, MAT KILAU dan AIR FORCE THE MOVIE

Akhir kata, kepada sahabat dan ‘follower’ saya semua, saya rekemen filem ini untuk ditonton seisi keluarga.

Ai Force The Movie menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Aiman Hakim Ridza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Carmen Soo, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As’ari, Fezrul Khan, Esma Daniel, Sangeeta Krishnasamy, Iman Corrine, Anas Ridzuan, Niezam Zaidi, Aqasha dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan.

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua.

Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Baca juga: Laporan polis terhadap Zahid Hamidi hari ini, didakwa fitnah institusi kehakiman negara

Baca juga: Tak campur hal peribadi dan kerja, Yusof Haslam tidak tahu kenapa Kazar tak hadir