Malaysia Dateline

Adakah kerajaan PH peduli dengan kehebatan pembangkang?

Nak tanya, ada kerajaan Umno-PN ambil kisahkah dengan kehebatan pembangkang berhujah?

Orang Umno sudah dengar hujah hebat pembangkang selama 60 tahun. Najib, Muhyiddin, Anuar Musa, Zahid, Hishamuddin sudah sebu telinga dengar hujah hebat pembangkang.

Mereka sengih-sengih saja dengar hujah yang kononnya hebat itu. Penyokong yang di luar bukan main kagum. Wah, hebatnya hujah wakil rakyat pembangkang. Terduduk kerajaan, tidak boleh jawab.

Betulkah kerajaan terduduk dengan hujah pembangkang atau kerajaan malas nak layan?
Bagi kerajaan, daripada dia teruk-teruk jawab hujah pembangkang, baik dia sengih-sengih saja. Sebab yang penting, agenda di luar Parlimen iaitu gula-gulakan orang ramai berjalan lancar.

Abdul Hadi pun sudah jadi pembangkang selama puluhan tahun. Dia pun naik cemuih jadi pembangkang. Kenapa Abdul Hadi cemuih? Sebab, dia tahu jadi pembangkang tidak ke mana-mana pun.

Tapi ada orang syok jadi pembangkang. Tak apalah. Teruskan jadi pembangkang. Lebih hebat lagi kalau jadi pembangkang berwibawa.