Malaysia Dateline

Adakah satu hari nanti rakyat akan serbu Sri Perdana macam Sri Lanka?

Presiden Sri Lanka lolos larikan diri dgn kapal laut. Adakah satu hari nanti rakyat akan serbu ke Sri Perdana?

Jangan tunggu Malaysia jadi seperti Sri Lanka

Sudah berulang kali sejak tahun lepas saya menulis mengenai Sri Lanka bermula dari hutang mereka yang semakin membarah. Ketika itu saya ramalkan mereka bakal menjadi seperti Mexico dan Greece. Akhirnya apa yg bakal terjadi telah terjadi.

Ini kerana ia berpunca daripada kegiatan rasuah sejak sekian lama oleh ahli-ahli politik mereka. Rasuah ini macam kencing manis perlahanlahan akan rosakkan buah pinggang dan pelbagai kompilasi lain yang kita panggil penyakit 3 serangkai.

Sri Lanka sekarang bukan sahaja meminta bantuan negara seperti Britain, Russia dan Jerman tetapi kepada rakyatnya di luar negara. Bayangkan kerajaan minta duit pada rakyat untuk hantar mata wang asing.

Menurut Gabenor Bank Sri Lanka, penyaluran mata wang asing ke negara ini hanya digunakan untuk perkara penting seperti mendapatkan bekalan makanan, bahan api dan ubatan.

Seorang jutawan Sri Lanka di luar negara memberitahu dia tidak yakin wang yang disalurkan akan digunakan sebaiknya. Ini kerana sumbangan jutaan dolar sebelum ini oleh ramai rakyat Sri Lanka di luar negara tidak sampai kepada mangsa tsunami tetapi masuk poket ahli-ahli politik.

Berita luar negara menulis ‘Economists say the crisis stems from domestic factors such as years of mismanagement and corruption. Much of the public’s ire has focused on President Rajapaksa and his brother, former Prime Minister Mahinda Rajapaksa.’

Perangai ahli politik atau pemimpin negara Sri Lanka dan Malaysia tidak ada bezanya. Yang membezakan situasi sekarang Malaysia masih boleh bertahan adalah kerana hasil buminya yang kaya di mana Sri Lanka tidak ada. Kita ada petroleum dan gas, balak, sawit dan lain-lain. Jika tidak kita akan lebih awal terjadi dari Sri Lanka.

Apapun mengikut pakar ekonomi jika rasuah ini tidak dibendung, negara kita yang sudah berhutang trillion akan alami perkara yang serupa. Mungkinkah nanti apabila kerajaan tidak mampu membayar gaji dan membeli barangan asas terutama perubatan, rakyat Malaysia akan lakukan perkara yang serupa?

Semalam rakyat Sri Lanka ceroboh Istana Presiden. Mereka berkampung di situ dengan menggunakan segala fasiliti yang ada. Adakah suatu hari nanti rakyat Malaysia akan menceroboh Sri Perdana? Tiada yang mustahil apabila rakyat sudah terdesak untuk isi perut anak bini.

Apapun dimaklumkan Presiden Sri Lanka telah melarikan diri semalam dengan menaiki kapal laut ke destinasi yang tidak diketahui. Intai-intailah dekat Selat Melaka takut dia hadir ke sini.

Maklumkan kreateria dan bakat menyamunnya ramai kawan-kawan di sini. Orang korup mesti cari geng korup. Mesti anak Rajapaksa ini kesal dia tak dipanggil ‘Bosku’ di negaranya hingga terpaksa larikan diri.

Bertindaklah segera rakyat Malaysia sebelum terlambat. Anda hanya perlukan pen untuk ubah nasib negara dan keluarga anda.

Baca juga: Tutup terus kelab komedi hina Islam dan Melayu