Malaysia Dateline

Adam Adli antara lebih 20 belia sertai PKR

Aktivis, Adam Adli Abd Halim antara lebih daripada 20 anak muda yang mengambil keputusan menyertai PKR, hari ini.

Menurut Adam, keputusan itu dibuat adalah hasil daripada kesedaran politik dan pengalaman sepanjang 10 tahun lalu dalam perjuangannya.

Beliau berkata PKR adalah satu parti yang berbilang kaum dan ia sesuai dengan anak muda yang ingin menyertai parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

“Keputusan diambil ini lambang kepada tekad yang dibentuk dan asasnya adalah kukuh bahawa prinsip dibawa PKR ini jelas serta matlamatnya murni.

“Semoga penyertaan ini biarpun usahanya kecil, dapat memberikan sumbangan dan kebaikan berterusan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) serta semua yang mempercayai dan mendukung garis perjuangan hari ini,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, hari ini.

Adam dan sekumpulan anak muda menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Akmal Nasir.