Adenan cuba jadi jaguh NCR, proses pemberian geran tanah penduduk terbengkalai

Adenan cuba jadi jaguh NCR, proses pemberian geran tanah penduduk terbengkalai

Ketika Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem sibuk kononnya membela rakyat berkait isu Tanah Adat bumiputera (NCR), penduduk terus dipermain dengan proses pemilikan tanah yang tidak diselesaikan bertahun-tahun.

Seperti berlaku kepada penduduk kampung Bako dan kampung Sejingkat dekat DUN Demak Laut sehingga kini tidak diberi geran tanah, sungguhpun agensi Kerajaan Negeri Sarawak kira-kira dua tahun lalu turun mengukur tanah berwajib di sini.

Mengulas lanjut, Pengerusi Amanah Negeri, Mohamad Fidzuan Zaidi berharap Tan Sri Adenan Satem supaya segera menyelesaikan isu berbangkit tersebut sekiranya Ketua Menteri itu mahu dikenali sebagai ‘juara isu tanah’.

“Selain isu NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera), tanah orang kampung juga banyak masih tiada geran.

“Kerajaan Negeri ada sukat tanah penduduk kampung, tetapi tak beri geran sampai sekarang,” kata Mohd. Fidzuan yang juga Calon Demak Laut, selepas majlis bertemu pengundi muda di Kampung Sejingkat di sini, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Utusan Sarawak hari ini berjudul, “Bukannya Pembangkang kerana tanah NCR sudah beribu-ribu hektar disukat, Adenan ‘juara’ isu tanah NCR”.

Kata Mohamad Fidzuan lagi, penyandang, ADUN Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni sepatutnya menyelesaikan isu berbangkit tersebut sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 dahulu, bukan menabur janji sekali lagi seperti sekarang.Rakyat menunggu geran bertahun tahun

Pada PRN lalu, Dr Hazland yang mendapat mendapat 5,522 undi berjaya mempertahankan kerusi BN dengan majoriti 3,752 undi, menewaskan Ali Hossen Abang (PKR) yang memperoleh hanya 1,770 undi.

TAGS