Adibah dah beri ‘hint’ dia sedang sakit tapi ramai yang tak perasan

Oleh NASUHA RAHMAN

Pemergian penyanyi suara lunak dan merdu Adibah Noor telah mengejutkan, namun ramai yang tidak perasan Allahyarham telah memberi ‘hint’ bahawa beliau sedang sakit melalui ciapan terakhirnya beberapa hari yang lalu.

“Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”.

Itu antara perkongsian terakhir penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah di Twitter pada Isnin lalu.

Ini kerana beliau pada ketika itu tidak memaklumkan tentang keadaannya yang menderita kanser Ovari tahap empat hanya rakan-rakan yang rapat sahaja mengetahui keadaannya.

Beliau tidak mahu menghebohkan penyakit yang sedang dideritainya kepada orang lain bahkan meminta rakan-rakan yang mengetahui agar merahsiakannya.

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong. Moga Allah permudahkan urusan mu,” tulisnya.

Adibah dah beri 'hint' dia sedang sakit tapi ramai yang tak perasan
“Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan”

Arwah pada masa yang sama sempat membalas komen pengikut dan peminatnya di ruangan tersebut.

“Semoga Allah perkenankan, terima kasih atas doa kamu,” kata Adibah.

Perkongsian itu seakan-akan memberi bayangan bahawa dia akan pergi menemui pencipta petang tadi.

Terdahulu, arwah sempat menulis ciapan terakhir, mengucapkan salam takziah buat pelakon legenda Hamid Gurkha yang meninggal dunai Rabu lalu.

Allahyarham, 51, meninggal dunia malam tadi akan dikebumikan pagi ini. Jenazah dijadual dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat, berhampiran rumah keluarganya pada jam 9 pagi ini.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar jam 10.30 pagi

Baca juga: Penyanyi Terlalu Istimewa dijemput Ilahi

Baca juga: Anak masuk wad hanya sebab jari terlilit rambut ibu yang gugur