Malaysia Dateline

Adik Husam Musa meninggal dunia

Adik kepada Naib Presiden AMANAH, Senator Datuk Husam Musa meninggal dunia akibat kanser hati jam 10.45 malam tadi.

Allahyarham Ustaz Hafiz Musa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Husam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), jenazah adiknya dijangka disempurnakan jam 9 pagi nanti di Perkuburan Tok Panjang, Jalan Salor-Pasir Mas.

“Maafkan beliau atas apa jua kesalahan dan doakan beliau ditempakan bersama Anbiya dan Solihin.

“AlFatihah juga dipohon dihadiahkan pada rohnya. Innalillah wa Inna Ilaihi Raji’un,” catat Husam di Facebook.

Allahyarham Ustaz Hafiz (kanan) bersama abangnya, Husam.