Adik Idris Harun lindungi aib kerajaan gagal

Oleh ARIF ATAN

Maruah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah nyata gagal sekali lagi diselamatkan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan, adik Idris Harun.

Azhar tidak sedia memenuhi permintaan pembangkang supaya Menteri Undang-Undang alias Menteri Onde-Onde Takiyuddin membuat penjelasan berhubung pemaklumannya semalam bahawa Ordinan Darurat telah dimansuhkan 21 Julai, pada sidang sebelah pagi tadi.

Dengan berdalih kerana mengikut peraturan mesyuarat, adik Peguam Negara itu meminta Menteri Onde-Onde jawab pada Isnin.

Mempercayai bahawa pembatalan ordinan itu dibuat tanpa perkenan atau dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, penjelasan Takiyuddin itu boleh memalukan kerajaan PN kerana ia perbuatan yang tidak bertakmaninah dan melanggar peraturan.

Jadi, Azhar berusaha keras melindungi rahsia terbongkar?

Kalau tidak, kenapa Azhar liat sangat untuk mengarahkan menteri onde-onde jawab, lagipun pengumuman dibuat itu menimbulkan implikasi lain dan mengelirukan ramai pihak. Apakah ada perangkap dan jerat lain dipasang?

Dengan kebijaksanaan Azhar menggunakan kuasa vetonya sebagai Speaker, kerajaan PN masih terselamat dengan keaiban hari ini.

Sejauh mana beliau akan terus berlindung dengan kuasa untuk menyelamatkan Perdana Menteri yang gagal, sama-sama kita tunggu.

Bagi mereka kemalaman, usahlah risau, kerana apabila terdengar ayam jantan berkokok itu tandanya hari akan menjelang pagi.