Malaysia Dateline

Adik Mohamad Sabu serah borang AMANAH setelah tertangguh akibat stroke

AMANAH kawasan Parlimen Batu pada Jumaat 9 Februari lalu meraikan adik Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Haji Mohamad Sabu, saudara Kasim Sabu mengisi borang dan menyertai parti AMANAH setelah tertangguh sekian lama akibat beliau diserang stroke.

Borang telah diserahkan kepada Ketua AMANAH Batu, Cikgu Ishak Surin disaksikan Timbalannya, Tarmizi Mohd Jam dan Setiausaha, Dato’ Ismail Yahaya di rumah Kasim di Taman Samudera, Gombak.

Turut bersama Pengarah Pilihan Raya AMANAH Parlimen Batu, Mokhtar Ramli dan Naib Ketua Awan Batu, Rosnani Ahmad.