Dua pemimpin AMANAH dilantik sebagai timbalan menteri Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.
Manakala Aiman Athirah Sabu yang memenangi Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pelantikan Timbalan Menteri ini menyusul pengumuman Kabinet 28 Menteri pada 2 Disember lalu.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung di Istana Negara jam 3 petang esok.