Malaysia Dateline

Adly bayangan pemimpin masa depan PH

Dalam ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH), hanya Adly Zahari berjaya mempertahankan kerusinya.

Hatta, Idris Haron mantan pemimpin Umno dan Ketua Menteri Melaka tewas di Asahan sedangkan data saya lihat, PN dengan bantuan Pas berjaya membawa lari undi kepada calon Pas hampir 4,000 undi. Dalam PRU-14 Pas hanya peroleh 2,000 undi.

Adly Zahari berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam keadaan ramai pengundi luar tidak pulang dan peratusan mengundi yang rendah.

Jika tidak mungkin lebih selesa, mungkin benar mengikut kajian Ilham Centre, Adly Zahary antara KM pilihan rakyat Melaka cuma keadaan tidak menyebelahi PH.

Manakala sahabat Adly Zahari dalam AMANAH, Sofi Wahab hanya kalah tidak lebih 500 undi dengan calon BN di Durian Tunggal.

Dapat bersaing dengan baik biarpun calon PN/Pas berjaya membawa lari 2,000 undi. Pada PRU-14, Pas hanya peroleh 1,000 undi. Jika peratusan keluar mengundi tinggi mungkin keputusan berbeza di banyak kawasan.

Ketika ramai pemimpin DAP tidak dapat mempertahankan kerusi, begitu juga Shamsul Iskandar pemimpin tertinggi PKR.

Hatta mantan Ketua Menteri, Idris Haron menandakan Adly Zahari berjaya memikat hati rakyat Melaka. Hanya masa dan ketika PRN ini dilaksanakan pada waktu pandemik Covid-19 ianya tidak menyebelahi Adly Zahari.

Atas ketokohan Adly Zahari ini adalah wajar AMANAH menstrukturkan kembali organisasi AMANAH.

Buatlah perubahan dengan meletakkan wajah dan muka baharu menerajui parti AMANAH. Insya-Allah, kita akan dapat menawan semula Melaka dan Malaysia.