Malaysia Dateline

Adly ingat pesanan Almarhum TGNA: ‘Umno ni bila kuat sikit dia gigit tangan kita’

Pengundi di Johor yang akan membuang undi esok digesa untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan memandangkan Umno Pas berantakan dan masing-masing menghantam sesama sediri.

Ketua Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari berkata jika Pakatan Harapan menang di Johor ia menjadi titik mula untuk menyatukan semua parti pembangkang yag dilihat konsistan dalam menjalinkan kerjasama.

Katanya, BN sudah nyawa-ayawa ikan sewaktu Pakatan Harapan menang pada PRU 14 malangnya Pas pula bertindak menaikkan imej BN sedangkan perjuangan Pas untuk mengalahkan BN.

“Dulu kita dah berjaya kalahkan BN dan masa tu, BN dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah.

“Tapi masa tu Pas boleh pula bantu naikkan semula imej BN sedangkan selama ni perjuangan Pas adalah untuk kalahkan BN.

“Kalau Pas tak tolong BN lepas PH menang dulu, saya fikir BN susah nak naik semula sebab majoriti rakyat dah berani tolak BN,” katanya.

Adly ingat pesanan Almarhum TGNA: 'Umno ni bila kuat sikit dia gigit tangan kita'
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Beliau juga membangkitkan pesanan Almarhum Tok Guru Nik Aziz “Umno ni bila dia dah kuat dia akan gigit semula tangan kita. Jangan sampai nanti kena patuk ular dua kali dalam lubang yang sama”.

Malangnya katanya Umno sudah mula tinggalkan Pas apabila ia rasa sudah kuat sikit walaupun sebelum ini kedua-dua parti ini memuji sesama sendiri.

“Dulu hari-hari Pas puji UMNO. Sekarang ni hari-hari Pas hentam UMNO dan puji Muhyiddin pulak.

“Lepas PRN Johor ni kita tengok apa yang akan jadi pada PN kalau BN yang menang.

“Kalau itu berlaku, saya fikir orang Bersatu akan banyak lompat semula ke BN dan itu tentunya akan melemahkan PN nanti.

“Akhirnya PN juga akan terkubur sepertimana terkuburnya Muafakat Nasional,”ujarnya.

Beliau tidak hairan jika Pakatan Harapan kalah di Johor kerana parti itu boleh diteruskan kerana sudah biasa menjadi pembangkang.

“Yang susah nak survive adalah mereka yang dah biasa jadi kerajaan tapi kena jadi pembangkang macam pemimpin yang ada dalam Bersatu tu,” kata beliau lagi.