Malaysia Dateline

Adly mula tugas hari pertama di Kementerian Pertahanan

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memulakan tugasnya di Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah itu tiba di pejabatnya sekitar 3.15 petang disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Ketibaan Adly bersut hitam dan bertali leher merah juga disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Adly, kemudian mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya.

Beliau seterusnya membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.