Adly pertahan jawatan Pengerusi AMANAH Melaka

Adly pertahan jawatan Pengerusi AMANAH Melaka

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri pada pemilihan yang berlangsung hari ini.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional itu memperoleh 97 daripada 100 undi dalam pemilihan di Mahkota Hotel Melaka.

Sementara itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab turut mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal tersebut mendapat 72 undi.

Berikut senarai penuh kepimpinan AMANAH Melaka untuk sesi 2019 hingga 2022:

Pengerusi : Adly Zahari
Timbalan Pengerusi : Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab
Naib Pengerusi 1 : Yuhaizad Abdullah
Naib Pengerusi 2 : Datuk Dr Hassan Baharom

Ketua Wanita (AWAN): Mahani Othman Basir
Ketua Pemuda : Mohd Khomeini Kamal