Malaysia Dateline

Adly terharu kanak-kanak sindrom down mahu serahkan tabungnya

Adly Zahari, tokoh yang dinamakan sebagai calon ketua menteri Melaka oleh Pakatan Harapan terharu sangat apabila seorang kanak-kanak down syndrom mahu berjumpa sangat dengan beliau.

“Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh abang kepada adik Zulhadi.

“Adik Zulhadi ingin sangat berjumpa dengan saya walaupun sekejap. Adik Zulhadi ni seorang yang sangat istimewa walaupun dia penghidap syndrom down.

“Alhamdulillah semalam saya berkesempatan bertemu sebentar dengan adik Zulhadi.

“Rupanya Adik Zulhadi ingin hadiahkah tabung simpanannya untuk membantu kempen saya,” tulis Adly menerusi Facebook beliau.

Menurut Adly, beliau kata tidak boleh terima kerana duit itu adalah simpanan untuk masa depannya namun “dia tetap berkeras mahu saya menerimanya.”

Adly serahkan T-Shirt #Ini Rumah Kita kepada adik Zulhadi.

“Bagi tidak menghampakan permintaannya, saya hadiahkan tshirt Ini Rumah Kita yang dia sangat minati.

“Tabungnya saya serahkan pada abangnya untuk diserahkan kembali padanya,” kata Adly.

“Jika adik Zulhadi terbaca posting ini, terima kasih kerana menyokong dan memberi semangat kepada pakcik.
Pakcik sangat menghargainya. Terima kasih,” kata Adly Pengerusi PH Melaka itu.

“Ini Rumah Kita” adalah tema kempen Adly dalam pilihan raya kali ini.

Pelbagai video, poster dan ucapan dibuat oleh beliau tentang Ini Rumah Kita.