Malaysia Dateline

Adly yakin pengundi selamat jika jaga SOP semasa keluar mengundi

Rakyat negeri Melaka tidak perlu rasa bimbang untuk keluar menjalankan tanggungjawab memilih di pilihan raya negeri Melaka pada 20 Movember ini.

Calon Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, Melaka sudah memasuki fasa 4 di mana hampir keseluruhan rakyat negeri itu sudah divaksinasi malahan di mana-mana sahaja aktiviti sosial sudah rancak berjalan.

“Semasa pandemik ini, kita sudah divaksinasi dan ini harus diberi keyakinan kepada masyarakat bahawa banyak aktiviti soisal yang kita buat termasuklah aktiviti keluar mengundi,” katanya yang juga penyandang di DUN Bukit Katil.

Oleh itu, yang paling penting sekali katanya rakyat Melaka harus mengikut SOP yang diberikan iaitu kerap basuh tangan, pakai pelitup muka, dan jaga jarak fizikal.

Dalam masa yang sama calon DUN Ayer Limau Mazenah Baharuddin juga merayu para pengundi di kawasan yang ditandinginya keluar mengundi bagi memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

20 November ini, seluruh rakyat negeri Melaka akan memilih wakil rakyat masing-masing di dalam keadaan pendemik namun mereka diyakini selamat untuk keluar mengundi jika terus mengamalkan SOP yang ditetapkan.

Di samping pengawasan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia sudah tentu kesihatan rakyat negeri Melaka akan terpelihara.

Beliau berkata demikian ketika program Pelancaran Pelan Tindakan Ayer Limau Maju Bersama Harapan.