Adnan perlekeh cabaran Pas di Pahang, anggap PH ancaman sebenar

Adnan perlekeh cabaran Pas di Pahang, anggap PH ancaman sebenar

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memperlekehkan cabaran Pas dalam pilihan raya umum (PRU) kali ini dengan menyifatkan parti itu bukan ancaman di Pahang.

Ancaman sebenar bagi BN, katanya adalah Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan satu logo.

Beliau bagaimanapun mengakui BN mempunyai strategi untuk menghadapi pakatan politik pembangkang yang menggabungkan Bersatu, PKR, AMANAH dan DAP itu.

Ketika memperkenalkan calon BN Pahang, Adnan juga berkata PRU 14 ini akan menjadi medan terakhir beliau bertanding.

Adnan mempertahankan kerusi Pelangai buat penggal kelapan berturut-turut yang disandangnya sejak 1986.

Antara pemimpin Umno negeri yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelai dan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak (Benta).

Turut mempertahankan kerusi yang disandang ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Seri Shafik Fauzan Shariff (Inderapura); Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi Multimedia negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul) dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain (Tioman).

Berikut adalah senarai calon PRU-14 BN Pahang:

P.078 CAMERON HIGHLANDS – C. Sivarraajh

N.01 TANAH RATA – Leong Pak Man
N.02 JELAI – Wan Rosdy Wan Ismail

P.079 LIPIS – Abdul Rahman Mohamad

N.03 PADANG TENGKU – Mustapa Long
N.04 CHEKA – Lee Ah Wong
N.05 BENTA – Mohd. Soffi Abd. Razak

P.080 RAUB – Chew Mei Fun

N.06 BATU TALAM – Abdul Aziz Mat Kiram
N.07 TRAS – Ng Leap Pong
N.08 DONG – Shahiruddin Ab. Moin

P.081 JERANTUT – Ahmad Nazlan Idris

N.09 TAHAN – Wan Amizan Wan Abdul Razak
N.10 DAMAK – Natalie Lim Chong Ly
N.11 PULAU TAWAR – Nazri Ngah

P.082 INDERA MAHKOTA – Dr. Johan Mat Sah

N.12 BESERAH – Suhaimi Sulong
N.13 SEMAMBU – Quek Tai Seong

P.083 KUANTAN – Andrew Wong Kean Hwee

N.14 TERUNTUM – Tee Choon Ser
N.15 TANJUNG LUMPUR – Tengku Zulkifli Tengku Ahmad
N.16 INDERAPURA – Shafik Fauzan Sharif

P.084 PAYA BESAR – Mohd. Shahar Abdullah

N.17 SUNGAI LEMBING – Md. Sohaimi Mohamed Shah
N.18 LEPAR – Abdul Rahim Muda
N.19 PANCHING – Mohd. Zaili Besar

P.085 PEKAN – Mohd. Najib Tun Razak

N.20 PULAU MANIS – Khairuddin Mahmud
N.21 PERAMU JAYA – Sh. Mohmed Fuzi Sh. Ali
N.22 BEBAR – Fakhruddin Mohd. Ariff
N.23 CHINI – Abu Bakar Harun

P.086 MARAN – Ismail Ab. Muttalib

N.24 LUIT – Nurhidayah Mohamad Shahaimi
N.25 KUALA SENTUL – Shahaniza Shamsuddin
N.26 CHENOR – Mohamed Ariffin Awang Ismail

P.087 KUALA KRAU – Ismail Mohamed Said

N.27 JENDERAK – Mohamed Jaafar
N.28 KERDAU – Syed Ibrahim Syed Ahmad
N.29 JENGKA – Wan Salman Wan Ismail

P.088 TEMERLOH – Mohd. Sharkar Shamsudin

N.30 MENTAKAB – Wong Tat Chee
N.31 LANCHANG – Mohd. Sharkar Shamsudin
N.32 KUALA SEMANTAN – Nor Azmi Mat Ludin

P.089 BENTONG – Liow Tiong Lai

N.33 BILUT – Jason Poo Mun Hoong
N.34 KETARI – Low Hoo Liong
N.35 SABAI – R. Goonasekaran
N.36 PELANGAI – Adnan Yaakob

P.090 BERA – Ismail Sabri Yaakob

N.37 GUAI – Norol Azali Sulaiman
N.38 TRIANG – Tan Tin Loon
N.39 KEMAYAN – Mohd. Fadil Osman

P.091 ROMPIN – Hasan Ariffin

N.40 BUKIT IBAM – (belum diumum)
N.41 MUADZAM SHAH – Razali Kassim
N.42 TIOMAN – Mohd. Johari Hussain

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote