Adun Apas meninggal dunia dikebumikan di Tawau

Adun Apas meninggal dunia dikebumikan di Tawau

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas itu meninggal dunia pada usia 56 tahun, 11.57 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Allahyarham menerima rawatan di hospital berkenaan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kesihatan.

Adik Allahyarham, Datuk Nizam berkata, jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini menaiki penerbangan.

“Sama sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh di syurga,” katanya melalui aplikasi Whatsapp yang disampaikan kepada pihak media, malam tadi.

Pemergian Allahyarham yang berusia 56 tahun itu disahkan adiknya, Faridah ketika dihubungi Bernama hari ini.

Faridah berkata abangnya menjalani rawatan kesihatan serta pembedahan akibat kanser usus di hospital tersebut sejak lapan bulan lalu.

“Jenazah abang akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi adik Allahyarham, Datuk Nizam dalam kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp meminta semua mendoakan agar abangnya diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Sharifah Rahmah Syed Ali, tujuh anak terdiri daripada empat lelaki dan tiga perempuan serta lima cucu.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau kali terakhir turun padang bertemu penduduk kawasan DUN Apas di Tawau pada 25 Feb lepas dalam program bersama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa di Kampung Membalua.

Dalam ucapannya yang menyentuh hati, Allahyarham menyuarakan kerisauannya tidak sempat bertemu rakyat, namun tetap mengingatkan semua agar mengundi parti dan bukan kerana individu.

CATEGORIES