Malaysia Dateline

Adun Bakar Arang agih 2000 penutup muka kepada orang awam

Sebanyak 2,000 pelitup muka ‘face mask’ telah diedarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Sungei Petani, Ooi Tze Min kepada orang awam di Pasar Awam, Sungei Petani bagi membantu aspek penjagaan kesihatan ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Inisiatif ini diambil dengan mengagihkan pelitup muka kepada orang awam, peniaga serta pengusaha gerai makanan di kawasan pasar awam tersebut bersama-sama dengan sukarelawan dari Pusat Khidmat Adun Bakar Arang.

“Kawasan ini dipilih kerana ia merupakan lokasi tumpuan awam dimana ramai ketua keluarga bertumpu ke kawasan ini bagi mendapatkan barang keperluan harian mereka.

” Adalah diharapkan dengan inisiatif yang diambil dengan menyalurkan pelitup muka ini maka ia akan memudahkan orang ramai keluar bagi urusan penting dalam situasi yang lebih selamat terutamanya tatkala berada di tempat awam khususnya kepada mereka yang menghadapi batuk dan selsema.

“Dengan kerjasama dan kepedulian serius orang ramai dalam penjagaan kesihatan terutamanya kebersihan diri, maka harapan bagi mengurangkan jangkitan penularan wabak Covid-19 dapat direalisasikan dengan seberapa segera yang mungkin,” tambah beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah.