Adun Balakong maut kemalangan jalan raya

Adun Balakong maut kemalangan jalan raya

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Ng Tien Chee, meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, dalam satu kenyataan berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam tadi di Kilometer 11. 7 lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, Nissan Xtrail dipandu Tien Chee dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga.

“Akibat daripada kemalangan itu, mangsa, pemandu kereta Nissan Xtrail sudah meninggal dunia.

“Mangsa adalah Adun Balakong, Ng Tien Chee, maut di tempat kejadian,” katanya lapor Hmetronlline.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menerusi Twitter menggunakan akaun @AmirudinShari mengucapkan takziah kepada keluarga Tien Chee.

“Saya telah menerima berita dukacita YB @eddiengtienchee, Adun  Balakong telah meninggal dunia akibat nahas kemalangan jalan raya.

“Takziah diucapkan kepada keluarga. Saya turut merasa sedih dan terkejut apabila menerima berita pemergian mendiang YB Ng Tien Chee,” katanya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS