Adun Bayan Lepas turun padang ziarah kasih

Adun Bayan Lepas turun padang ziarah kasih
Azrul menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mahmood Ahmad ketika ziarah kasih.

Walaupun sibuk dengan pelbagai khidmat yang terpaksa diberikan kepada masyarakat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz tetap meneruskan rutin yang dilaksanakannya melalui program ziarah kasih.

Malah melalui program ini ia mendekatkan diri beliau bersama-sama dengan pelbagai golongan masyarakat, khususnya mereka yang berada dalam kesakitan dan kesempitan hidup.

Pada Rabu Azrul bersama-sama dengan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ahli Majlis Dewan Bandaraya Pulau Pinang telah menziarahi beberapa keluarga yang berada dalam kawasan Dun Bayan Lepas.

Azrul turut menziarahi Salihin Salim yang sakit selepas terlibat dalam kemalangan.

Jelasnya lagi, turun padang dan mendekati masyarakat telah pun menjadi amalan sejak sebelum kemenangan dicapai dalam pilihan raya umum lagi.

Walau bagaimana pun dengan mandat yang diberikan, gerak kerja untuk membantu pelbagai golongan masyarakat yang memerlukan tetap menjadi agenda utama.

“Ziarah pada kali ini turut mendekati mereka yang sakit terlantar akibat pelbagai jenis kesakitan yang dialami.

“Terdapat mereka yang uzur dan warga emas serta tidak lagi berdaya untuk mencari sumber pendapatan.

“Juga ada yang menanggung kesukaran setelah terlibat dengan kemalangan dan tidak dapat meneruskan kegiatan seharian, ” ujarnya.

Sehubungan itu melalui program ziarah kasih yang dilaksanakan telah berjaya mengenal pasti secara dekat setiap permasalahan yang timbul.

Azrul juga menizarahi adik Nur Arissa Imani yang terlantar sakit.