Malaysia Dateline

Ahmad Hasbullah Alias

Adun BN Kubu Gajah umum tidak bertanding PRU14

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias hari ini mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahmad Hasbullah, 51, berkata keputusan itu dibuat kerana ingin memberi laluan kepada pemimpin baharu untuk bertanding.

“Saya rasa sudah tiba masanya saya berundur dan memberi peluang kepada golongan muda. Keputusan yang saya buat ini setelah saya fikir semasak-masaknya.

“Keputusan ini juga adalah bertepatan kerana tugas Adun memerlukan satu komitmen dan yang penting adalah kerjasama dan gandingan,” katanya dalam sidang media di Kampung Paya, Batu Kurau.

Ahmad Hasbullah, yang menjadi Adun Kubu Gajah sejak PRU13 pada Mei 2013, berkata setakat ini beliau tidak mempunyai perancangan dan akan berehat seketika.