Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, dari parti Barisan Nasional Isham Sharuddin sebentar tadi dilaporkan telah meninggal dunia selepas rebah tidak sedarkan diri ketika menyertai sebuah Kejohanan Bola Sepak .
Difahamkan wakil rakyat berusia 59 tahun itu dilaporkan menghembus nafas akhir ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.
Memetik Sinar Harian, dalam kejadian sekitar jam 6 petang itu, beliau yang juga bekas pemain bola sepak sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian selepas beraksi bersama bekas pemain kebangsaan lain dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rozlita Abdullah dan empat orang anak.