Adun BN tidak prihatin, masih ada penduduk Dun Chuping tinggal dalam pondok

Adun BN tidak prihatin, masih ada penduduk Dun Chuping tinggal dalam pondok

Kemerdekaan yang baru berlalu tidak membawa apa-apa makna kepada sebuah keluarga yang terpaksa tinggal dalam sebuah pondok sebesar tiga meter panjang dan tiga meter lebar.

Kerana kekangan hidup dan kedaifan Zainurulwani Zainol dari Kampung Kubang Perun, Chuping, Perlis terpaksa berlindung hujan dan panas bersama suaminya yang hanya melakukan kerja-kerja kampung.

Manakala dua orang anaknya masih lagi bersekolah dalam tingkatan lima dan tahun satu.

Kediaman Zainurulwani sekeluarga yang menjadi tempat berteduh mereka diKampung Kubang Perun, Chuping.

Bagi menampung hidup keluarga Zainurulwani bekerja di sebuah gerai makan berdekatan, manakala suaminya hanya melakukan kerja-kerja kampung yang tidak tetap pendapatannya.

Menurut Zainurulwani lagi, beliau pernah memohon bantuan dari Adun kawasan Chuping melalui JKKK sejak tahun lalu.

Walau bagaimanapun ia menjadi satu harapan yang tidak menjadi kenyataan sehinggalah kerajaan negeri diperintah oleh BN sekali lagi.

Kata beliau lagi, ia pernah memohon bagi mendapatkan sebuah kediaman yang lebih selesa dengan bekalan air dan elektrik kerana kedua-dua anaknya memerlukan suasana yang lebih baik untuk pembelajaran mereka.

Namun begitu segala permohonannya tidak pernah mendapat pertimbangan dan terpaksa tinggal dalam pondok yang berdekatan dengan kandang kambing sejak dua tahun yang lalu.

Tinjauan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR Negeri Perlis, Poziyah Hamzah baru-baru ini, mendapati kediaman tersebut tidak sesuai didiami kerana begitu sempit dan tidak memupunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Poziyah menyampaikan sumbangan kepada Zainurulwani dan anaknya ketika melawat pondok keluarga tersebut.

Malah kata Poziyah lagi, sepatutnya Adun BN yang mewakili Dun Chuping mengambil tindakan segera bagi membantu keluarga tersebut.

“Sebagai exco kerajaan negeri yang memegang portfolio kemajuan luar bandar dan pembasmian kemiskinan seharusnya Adun Chuping mengambil tindakan segera membantu keluarga ini.

“Mereka juga telah memohon bantuan sebelum pilihan raya umum ke 14 lagi, tetapi sehingga kini masalah mereka seolah-olah tidak dipedulikan oleh wakil rakyat BN tersebut.

“Kerajaan negeri Perlis harus prihatin dan mengambil tindakan segera kerana ia turut melibatkan masa depan anak-anak Zainurulwani yang masih belajar, ” tegasnya ketika ditemui.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS