Malaysia Dateline

Adun buka kaunter daftar penerima vaksin Covid-19

Adun Pakatan Harapan Dun Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung mengambil tindakan awal memobilisasikan jentera sepenuhnya bagi menjayakan program menangani penularan wabak Covid-19 dengan melancarkan kempen kesedaran bagi meningkatkan keyakinan warga tempatan terhadap kebersanan dan keperluan vaksinasi tersebut.

Jelas Adun PKR itu, dengan kerjasama MPKK seluruh kawasan Bukit Tengah, beberapa kaunter pendaftaran akan dibuka di kawasan itu bagi mendaftar mereka yang ingin mendapatkan vaksinasi tersebut, khususnya golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas yang bermur 60 tahun dan keatas.

“Walaupun kerajaan telah menyenaraikan beberapa kaedah pendaftaran termasuk melalui aplikasi MySejahtera, laman web dan atas talian, masih lagi terdapat banyak golongan seperti warga emas yang memerlukan bantuan mengenai makulmat dan pendaftaran bagi menerima vaksin tersebut.

“Dengan adanya data penduduk serta pengetahuan setempat, kami di Bukit Tengah optimis mempunyai beberapa kelebihan dengan hubungan yang baik untuk bergerak bersama membantu pendaftaran mereka khususnya warga emas.

“Program sedemikian bukan mudah kerana ia memerlukan tenaga kerja yang besar bagi mengendalikan pusat-pusat vaksinasi termasuklah yang telah dikenal pasti bagi daerah Seberang Perai Tengah iaitu di SP Arena, Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Dewan Serbaguna Taman Chai Leng yang menyasarkan pemberian vaksin kepada 1,500 orang sehari atau 45,000 orang sebulan, ” ujar beliau.

Sejajar dengan itu tegas Gooi, pejabat beliau di Bukit Tengah akan mula mengambil sukarelawan beramai-ramai untuk membantu mengendalikan tempat-tempat vaksinasi dengan efektif dan lancar serta boleh menghubungi nombor telefon 04-5075001 atau melalui emel [email protected]