Malaysia Dateline

Adun Hulu Kinta cabar Razman debat terbuka

Kesal dengan jawapan yang disifatkan tidak bertanggungjawab oleh Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria, mengenai isu kenaikan harga barang semasa sidang Dun Perak, Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat mencabar Razman untuk berdebat secara terbuka isu kenaikan harga barangan tersebut dengan memberi peluang kepada Exco tersebut menetapkan tarikh, masa dan tempat debat ini akan dijalankan.

Dalam surat jemputan bertarikh 17 Disember 2021 yang dikeluar Arafat merujuk kenyataan semasa sesi penggulungan Exco pada 16 Disember 2021 menyatakan bahawa ‘kita harus sedar isu kenaikan harga ini selagi mana kita hidup, selagi itu takkan selesai dan rakyat kena terima fakta ini’.

“Pada 16 Disember 2021 saya selaku Adun Hulu Kinta telah diarah keluar Dewan kerana menyoal Exco tidak menjawab soalan ‘kecacatan’ dalam ‘Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia’ (SHMKM)yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan Hulu Kinta pada 14 Disember 2021 dimana memberi kelebihan kepada ‘tauke’ dan merugikan rakyat.

“Tindakan Timbalan Speaker Dewan membuat ‘ruling’ arahan keluarkan Hulu Kinta adalah untuk menyekat saya dari terus menyoal tentang kenaikan harga barangan dan kegagalan Exco bertindak untuk kurangkan harga sayur-sayuran dan makanan.

“Sehubungan itu, saya mencabar Razman selaku Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, supaya berdebat secara terbuka mengenai isu kenaikan harga barangan serta akan memberi cadangan, tindakan dan kaedah yang peru diambil oleh Exco kearah menurunkan harga barang, ” ujar beliau melalui surat edaran tersebut.