Adun Ijok bakal MB Selangor?

Adun Ijok bakal MB Selangor?

Parti komponen Pakatan Harapan menyatakan sokongan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon yang sesuai menjadi menteri besar Selangor.

Namun menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor, Hasnul Baharuddin,
partinya menerima sesiapa saja yang dilantik atas semangat muafakat sesama HARAPAN.

Memetik laporan Malaysiakini, pemimpin parti Harapan menegaskan sokongan mestilah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hasnul berkata AMANAH Selangor mengetahui tentang cadangan menamakan Dr Idris sebagai
calon menteri besar yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azmin Ali.

“Kita ambil maklum dan menyokong (ketetapan itu) tapi, apa pun bergantung kepada persetujuan dalam Parti Harapan dan bergantung kepada perkenan Sultan Selangor,” katanya.

Terdahulu kesemua empat parti dalam HARAPAN menyatakan sokongan jika Dr Idris dilantik ke jawatan menteri besar.

Sumber yang dekat dengan Parti Harapan mendakwa AMANAH, Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) dan DAP negeri menghantar surat sokongan mereka terhadap Dr Idris kepada istana.

Surat sokongan PKR pula dihantar oleh ibu pejabat parti berkenaan.

Untuk lebih mengukuhkan lagi sokongan berkenaan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail
mengutus surat atas kapasiti presiden PKR.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote