Adun Keranji desak polis siasat Ahli Parlimen Pasir Salak

Adun Keranji desak polis siasat Ahli Parlimen Pasir Salak

Adun Keranji, Chong Zhemin (gambar tiga dari kiri) mendesak pihak polis supaya menyiasat ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dibawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 504 dan Akta Hasutan 1948 ekoran ucapan yang telah dibuat pada program Himpunan Bangkit yang diadakan di Pasir Salak pada Sabtu baru-baru ini.

Laporan polis yang dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh turut mendesak pihak polis supaya menyiasat samada dakwaan Tajuddin dalam ucapannya adalah benar atau sebaliknya.

Menurut Chong lagi ucapan yang dibuat oleh Tajuddin turut mendakwa bahawa orang Melayu telah hilang kuasa kerana lebih separuh daripada jawatan dalam kerajaan kini dipegang oleh bukan Melayu dan Islam.

Jelas beliau lagi, dakwaan Tajuddin bahawa DAP berpura-pura menerima Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai Agama Persekutuan dan Hak Istimewa Orang Melayu hanyalah menipu.

Dalam laporan polis tersebut juga Chong meminta pihak polis menyiasat dakwaan Tajuddin yang turut menyatakan bahawa DAP musuh orang Melayu dan musuh orang Islam kerana hendak mewujudkan sistem tanpa Raja.

Dakwaan yang menyebut bahawa DAP turut ingin wujudkan sistem republik supaya ketua negara bukan Melayu dan bukan Islam.

Oleh kerana itu kata Chong lagi, dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut adalah serius dan harus disiasat dengan segera.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS