Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Adun Kota Damansara percaya PM akan serah jawatannya kepada Anwar

Adun Kota Damansara percaya PM akan serah jawatannya kepada Anwar

AKMAL MANAFJune 23, 2019 8:56 am




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor percaya bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatannya seperti yang diumumkannya sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli khususnya daripada PKR supaya memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara.

“Kami memang berharap untuk melihat Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan secepat mungkin.

“Saya juga percaya beliau (Anwar) mempunyai hubungan baik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami berharap hubungan baik itu akan berterusan,” ujarnya.

Shatiri Mansor

Walau bagaimanapun, anggota pasukan Reformasi 20 Tahun itu tidak bersetuju sekiranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya terlebih dahulu.

“Ini kerana, Anwar Ibrahim perlu diberikan keutamaan untuk menjadi Perdana Menteri, kemudian baru Wan Azizah meletakkan jawatannya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita malam tadi, ketika diminta mengulas mengenai isu peralihan kuasa, melibatkan Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Shatiri menganjurkan Program Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara di Desa Subang Permai.

Mengulas pemilihan Desa Subang Permai sebagai lokasi program itu, beliau berhasrat mahu mengekalkan suasana ‘rumah terbuka’.

“Saya menetap di kawasan sini, bila kata ‘open house’, itu bermakna kalau boleh buat program depan rumah atau pun di dalam rumah.

“Tetapi untuk menampung jumlah tetamu yang datang, saya fikir lokasi di sekitar Dewan Cemara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, adalah lokasi strategik.

“Kedua, sebab saya mahu melibatkan komuniti penduduk di taman ini, terutamanya persatuan penduduk dan juga pihak masjid.

“Dalam program ini, urusan lalu lintas dikendalikan oleh persatuan penduduk, manakala pihak masjid menyediakan ruangan pakir kereta. Alhamdulillah saya lihat kerjasama yang cukup baik,” tambahnya lagi.

Pelbagai kaum membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Kota Damansara malam tadi.

 

Tetamu turut dirai dengan dendangan pelbagai lagu raya daripada penyanyi jemputan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production