Adun Maharani sedia pusat khidmat santuni golongan OKU

Adun Maharani sedia pusat khidmat santuni golongan OKU

Ahli Dewan Negeri (Adun) Maharani, Norhayati Bachok hari ini menyuarakan pandangan untuk memartabatkan Orang Kelainan Upaya (OKU) di mata dunia.

Beliau berkata antara objektif perancangan mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Dun Maharani yang turut menyantuni golongan OKU.

Norhayati yang juga merupakan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Negeri Johor menyatakan segala perancangan bagi mengadakan program dengan OKU telah disusun.

“Kita akan menyusun program bersama-sama dengan individu atau Ngo untuk membangunkan OKU khususnya di Johor ini.

“Antara aktiviti yang telah dirancang adalah ‘Jom Mendaki’ peringkat daerah Muar yang mana akan membabitkan penglibatan 42 OKU untuk mendaki gunung di sekitar Muar.

“Program tersebut adalah untuk mengiktiraf OKU ini sebagai manusia yang mampu melakukan kegiatan seperti orang normal selain kebajikan yang akan diambil berat,” ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Dalam pada itu, Norhayati juga merasakan memartabatkan OKU ini adalah salah satu cara bagi memperkenalkan diri mereka agar sentiasa dihargai oleh masyarakat umumnya.

Selain itu, beberapa perancangan lain telah digariskan di bawah Pusat Khidmat Rakyat Maharani untuk jangka masa panjang bagi aktiviti yang memfokuskan kepada OKU.

“Perancangan kita adalah untuk membuat satu rekod di mana dalam jangka masa empat hingga lima tahun melalui program ini, kita akan menghantar OKU bagi menakluki puncak tertinggi dunia seperti Gunung Everest.

“Setakat ini pelbagai agensi jabatan telah memberi sokongan yang baik terhadap aktiviti ini dan saya rasa perkara ini mampu dilaksanakan.

“Kita juga akan bergabung dengan beberapa pertubuhan serta agensi mahu pun indvidu yang mahir bagi membabitkan soal keselamatan dan sebagainya,” YB Norhayati Bachok.

Pusat Khidmat Rakyat Maharani turut menggariskan beberapa visi serta matlamat seperti, kebajikan, pendidikan, belia dan agama (Rahmatan Lil Alamin).

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote