Malaysia Dateline

Adun Melor, Kelantan meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Kelantan Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi di rumahnya di Ketereh dipercayai akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di mussala berhampiran rumahnya selepas solat Jumaat hari ini.

Arwah meninggal seorang isteri Ustazah Romaini Daud dan enam anak.

Beliau dilahirkan pada 1 Julai 1968 berasal dari Ketereh, Kota Bharu Kelantan mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Doktor Falsafah University Of Exeter, United Kingdom, selepas menamatkan pengajian berkelulusan, Ijazah Sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Sebelum dipilih sebagai Adun Melor sejak tahun 2013, Allahyarham merupakan bekas pembantu Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Rabat, Morocco.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu, Dr Md. Yusnan menang dengan mendapat 7,820 undian ketika menentang Azmi Ishak daripada Barisan Nasional (Umno) yang mendapat 7,173 undi dengan majoriti undi sebanyak 647.