Adun Paloh dihalau keluar Dun Kelantan 

Adun Paloh dihalau keluar Dun Kelantan 

Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh  Datuk Nozula Mat Diah yang juga ketua pembangkang dihalau keluar dari persidangan Dun Kelantan hari ini.

Sesi kedua persidangan hari ketiga dimulakan jam 11.15 pagi dikendalikan speaker Datuk Abdullah Yaacob.

Beliau menjemput pihak kerajaan membuat penggulungan.

Ketikan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr. Ramli Mamat bangun Datuk Nozula bangun untuk meminta berucap.

“Saya sebagai ketua pembangkang belum dapat berucap dan minta sedikit masa,” katanya meminta laluan.

Speaker bagaimanapun tidak membenarkan dan beliau enggan duduk bentara diarah .mengiringi beliau keluar dewan.

Husam Musa 3

Datuk Husam Musa

Sementara itu Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mengulas insiden itu berkata sidang Dun Kelantan di tamat awal seolah-olah untuk persiapan kiamat.

Menurutnya, Ketua Pembangkang dihalau keluar Dewan kerana minta untuk berbahas adalah satu yang keterlaluan.

“Setiap kali bersidang, Dun Kelantan terkejar-kejar untuk bersurai.

“Apa yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terburu-buru tak menentu,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan

Katanya, Dun Pahang yang dikuasai Umno boleh bersidang sampai 7 hari untuk Sidang Belanjawan.

“Mengapa Kelantan mesti hanya dua hari?

“Dari tiga hari, petangnya tidak ada sidang, masa sebenar bersidang kurang dari tiga hari,” katanya.

Beliau yakin sidang akan ditangguhkan tengah hari ini. Petang tak ada lagi sidang.

“MB, TMB, Exco dan Adun Pas akan mengepit beg masing-masing utk berehat.

“Apa salahnya, YB Paloh dibenarkan berucap, paling lama setengah jam. Sidang ditarik sampai petang, lalu ditangguhkan,” katanya.
atas solidariti pembangkang katanya, beliau turut memboikot penggulungan perbahasan oleh Kerajaan tengah hari ini.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS