Adun Paloh galak rakyat derma darah

Adun Paloh galak rakyat derma darah

Syeikh Umar Bagharib Ali atau dikenali sebagai Bro Shake  mengajak rakyat untuk memberikan khidmat sebagai penderma darah di seluruh negeri Johor.

AHli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Palon itu,  mengajukan ajakkan beliau ketika menghadiri Kempen Derma Darah anjuran Rela Mukim Paloh di Kluang Johor, semalam.

Dalam kempen tersebut, Bro Shake menyatakan akan mempergiatkan lagi kempen derma darah di kalangan rakyat serta mewujudkan tahap kesedaran betapa peri pentingnya untuk menderma darah.

“Pelbagai aktiviti yang harus disusun untuk mendekati golongan penderma di negeri ini. Langkah ini adalah untuk mendapatkan bekalan darah yang semakin berkurangan di hospital di Johor.

“Hari ini sebanyak 91 beg darah telah berjaya dikumpulkan. Aktiviti sebegini amatlah bermanfaat dan ianya perlu diteruskan secara berperingkat sehingga penderma dapat menampung kekurangan yang berlaku di hospital,” ujar beliau.

Syeikh Umar (kanan) tidak ketinggalan turut  menderma darah ketika hadir pada Kempen Derma Darah Anjuran Rela mukim Paloh semalam.

Sebagai Pengerusi Pembangunan Keusahawanan, Koperasi, Ekonomi Kreatif dan Penerangan Negeri Johorm beliau, turut merancang beberapa kerangka berkenaan dengan kempen menderma darah dan ia sebagai usaha membantu pihak hospital.

Beliau juga menyatakan hasrat untuk memulakan aktiviti ini di kawasan yang dimenanginya terlebih dahulu.

“Kerangka untuk mengadakan kempen ini akan dibuat dan ia akan membabitkan seluruh daerah di negeri ini bagi menyambut kempen yang baik ini.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat di negeri ini untuk menderma darah dan mengalakkan saudara mara mereka serta sahabat handai untuk menderma darah,”katanya.

Dalam program tersebut, beliau turut menderma darah sebagai tanda menyokong hasrat murni Rela mukim Paloh.