Adun Pas Kedah, Amiruddin sertai Bersatu

Amiruddin umum sertai Bersatu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dari Pas hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah mengumumkan perkara itu pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua BERSATU Kedah, selain pimpinan negeri, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Amiruddin dilihat sebagai antara pemimpin PAS yang cenderung terhadap parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Selain Datuk Mahfuz Omar, Amiruddin juga hadir di konvensyen tahunannya di Kedah, bulan lalu.

Selain mereka berdua, Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa juga dilihat cenderung untuk meninggalkan Pas.

Beliau juga kelihatan sering menyertai majlis Pakatan Harapan (PH).

 

6.5
OVERALL SCORE
: 7.0
3 user votes x 6.3
CATEGORIES
TAGS