Adun Pelabuhan Klang desak tindakan diambil terhadap ahli perniagaan hina ATM

Adun Pelabuhan Klang desak tindakan diambil terhadap ahli perniagaan hina ATM

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bersama beberapa wakil NGO yang lain membuat laporan polis di pejabat polis daerah Klang Selatan terhadap ahli perniagaan, Koon Yew Yi yang mengeluarkan kenyataan menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bercakap kepeda pemberita seleaps membuat laporan itu Azmizam mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Koon atas perbuatannya yang biadap itu.

Katanya, kenyataan Koon itu merupakan satu penghinaan terhadap Komander Tertinggi ATM disaat negara sedang bersiap untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada tahun ini.

“Saya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas ahli perniagaan ini agar ia tidak berulang dan menjadi pengajaran mana-mana pihak tanpa mengira kaum dan latar belakang supaya tidak menghina anggota keselamatan yang lain.”

Tambahnya, keamanan yang dicapai rakyat Malaysia merupakan hasil usaha dan pengorbanan anggota tentera dalam memastikan keselamatan negara terjamin.

Antara NGO yang turut serta ialah Persatuan Bekas Polis Malaysia Klang (PBPM), Ikatan Kasih Kominiti Pulau Indah, Persatuan Gabungan Tindakan Alaf Baru Malaysia (Millenium Action Team) dan Komuniti Harapan Malaysia.

— BERNAMA