Adun Penanti  dakwa DAP Pulau Pinang beku peruntukan kawasan

Adun Penanti dakwa DAP Pulau Pinang beku peruntukan kawasan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Dr Norlela Ariffin mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang membekukan peruntukan untuk kawasannya sehingga September ini selepas beliau tidak hadir istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lalu.

Norlela berkata keputusan itu dimaklumkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Negeri pada 12 Mei lalu yang dipengerusikan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

“Dalam mesyuarat pengerusi memberitahu peruntukan saya ditarik balik. Kebiasaannya peruntukan akan terus masuk dalam akaun. Pihak kerajaan negeri pun tidak menjelaskan apa-apa kepada saya berhubung perkara ini dan memaklumkan melalui parti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas mengenai kegagalannya untuk hadir pada istiadat mengangkat sumpah itu, Norlela berkata beliau bukan sengaja untuk tidak hadir sebaliknya mengikut arahan pimpinan parti supaya Adun PKR negeri hadir pada Konvensyen PKR yang kebetulan berlangsung pada tarikh yang sama dengan majlis istiadat itu.

“Saya hanya ikut arahan majlis pimpinan. Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon pun ada dalam mesyuarat. Kami jadi hos untuk konvensyen PKR negeri. Bukan saya tidak hormat memang kami disuruh tunggu.

Beliau berkata perkara itu hanya membabitkan ‘outright grant’ untuk suku ketiga tahun ini bernilai RM50,000.

“Mesyuarat exco sebulat suara rasa ini harus dilakukan. Bagaimanapun wang (peruntukan) tidak dikurangkan langsung. Wang tetap akan dikeluarkan. Kami hanya buat satu tapisan melalui pejabat Ketua Menteri supaya mana-mana Adun tidak pandang ringan perkara ini (tidak hadir majlis rasmi kerajaan negeri).

“Kadang-kadang kami tak mahu bagi teguran. Saya rasa perkara sebegini tidak harus berlaku. Keutamaan adalah untuk kita hormat Yang Dipertua Negeri,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)