Adun Perling berjaya selesaikan masalah antara MBIP dan penjaja pasar awam

Cheo  Yee How (kanan) sedang menerangkan perkara berkaitan pasar awam kepada penjaja di Pasar Awam Perling.

Permasalahan bangunan lama yang perlu diselia memainkan peranan yang penting bagi keselesaan pengunjung dan penjaja di setiap premis perniagaan di Pasar Awam Perling  perlu diberikan perhatian oleh  Pihak Berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Ahli Dewan Negeri (Adun) Perling, Cheo Yee How, beliau menerima aduan berkenaan dengan bangunan Pasar Awam Perling yang melibatkan permasalahan penyelenggaraan.

Cheo juga memberitahu beliau, mendapat aduan di mana permasalahan berlaku tanpa penyelesaian di pasar awam tersebut antara Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan penjaja telah memberi kesan  kehadiran pengunjung yang kini berkurangan.

“Kita telah mendapat aduan berkenaan dengan tahap infrastruktur pasar yang bermasalah seperti litar pintas yang kerap berlaku.

“Ini mengundang kepada tahap keselesaan serta keperluan penjaja terjejas. Ia juga mengundang pengurangan kehadiran pelanggan ke pasar tersebut.

“Sebelum ini wujud cadangan untuk menyelenggarakan pasar tersebut namun PBT telah memberi cadangan untuk penjaja mengosongkan pasar dan berniaga di luar agar penyelenggaraan dapat dijalankan.

“Cadangan itu telah ditolak oleh pihak penjaja kerana ia menyusahkan mereka,” ujar beliau ketika dihubungi.

Cheo sedang memberi penerangan kepada penjaja dan pegawai PBT berkenaan keadaan Pasar Awam Perling

Dalam pertemuan dengan pihak MBIP bersama pihak penjaja, Cheo telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan.

Cheo menyatakan pihak MBIP boleh melakukan penyelenggaraan secara berperingkat dan tidak perlu mengharapkan penjaja untuk mengosongkan premis mereka.

“Masalah ini sebenarnya adalah berpunca dari komunikasi antara penjaja dan pihak MBIP. Kita telah selesai masalah ini dan secara langsung penambah baikkan akan berlaku.

“Selain itu juga apa yang diharapkan oleh pihak kami adalah berkenaan dengan kerjasama di antara penjaja dan pihak MBIP,” YB Cheo Yee How.

Selain itu antara perkara yang berbangkit adalah soal penyewaan yang tertunggak dan mengikut Cheo perkara itu juga telah diselesaikan antara pihak MBIP dan penjaja.

Dalam pertemuan itu, Cheo juga turut menyarankan kepada penjaja agar tidak mengamalkan sistem sewa atas sewa yang dikhuatiri berlaku di kalangan penjaja.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS