Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Adun Permatang Pasir edar 3,000  kalender kepada agensi, orang ramai
Faiz Fadzil mengedarkan kalendar meja kepada klinik kesihatan di Dun Permatang Pasir.

Adun Permatang Pasir edar 3,000 kalender kepada agensi, orang ramai

MOHD ALI HASHIMJanuary 4, 2020 1:41 pm




Bagi membantu menyampaikan maklumat terkini kerajaan Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil mengambil insiatif turun padang menemui orang ramai dan pelbagai agensi kerajaan.

Beliau juga turut mengedarkan 1000 kalendar meja kepada pegawai kerajaan yang memberikan perkhidmatan di Dun Permatang Pasir.

Menurut Faiz lagi, edaran telah dibuat kepada orang ramai serta tiga buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah serta tiga buah sekolah Agama Islam.

Selain itu katanya, turun padang juga dilakukan ke dua buah sekolah jenis kebangsaa cina, dua buah klinik kesihatan serta tiga buah klinik desa.

Faiz turut menyantuni dan mengedarkan kalendar meja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow di Dun Permatang Pasir.

“Kita juga menyantuni dua buah balai polis, perpustakaan desa, tadika kemas dan jabatan kerajaan yang sering berurusan dengan pejabat Kadun termasuk Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah.

“Pendekatan yang diambil ini adalah bagi mendekati semua golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan kerana tugas pegawai kerajaan tersebut adalah berat sebagai agen penyampai perkhidmatan kepada rakyat.

“Adalah diharapkan dengan sumbangan kalendar meja dan kalendar dinding yang berjumlah 3000 buah kesemuanya dapat memudahkan mereka merangka apa jua perancangan tugas dengan baik, ” ujarnya.

Faiz yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa AMANAH Negeri Pulau Pinang turut berkata, dalam menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan, pematuhan kepada masa adalah elemen penting dan pengurusan masa yang cekap dapat mempertingkatkan mutu

perkhidmatan setiap kakitangan kerajaan.

Tambah beliau edaran 2000 kalendar dinding kepada orang ramai di sekitar Dun Permatang Pasir bersama-sama dengan MPKK dan Briged Wanita adalah bagi memberi kemudahan kepada mereka merencanakan aktiviti dan program sepanjang tahun.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production