Adun Permatang Pasir hulur bantuan segera bantu mangsa ribut

Faiz bersama penduduk dan penghulu dari Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah ketika meninjau kediaman mangsa ribut.

Bagi menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang telah diamanahkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Faiz Fadzil segera turun padang bagi meninjau dan menyalurkan sumbangan segera kepada penduduk yang terlibat dalam kejadian ribut minggu ini.

Menurut Faiz, antara beberapa kawasan yang telah dikenal pasti adalah Kampung Permatang Pasir, Bukit Jelutong, Kampung Pelet, Tanjung Putus, Bukit Indera Muda, Pengkalan Tambang, Permatang Janggus serta Permatang Pauh.

Ekoran musibah tersebut tanpa lengah beliau telah mendapatkan bantuan segera dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan negeri termasuklah Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

Malah katanya lagi, bantuan kewangan turut diberikan segera bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.

Faiz menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa ribut di Permatang Pauh.

“Tinjauan yang dibuat mendapat kebanyakan kediaman bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang.

“Terdapat 15 buah kediaman yang telah dikenal pasti terlibat dalam musibah tersebut.

“Manakala sembilan lagi berada dalam keadaan yang teruk dan terpaksa ditukar bumbung yang baru,” ujarnya.

Beliau juga berkata, bantuan kewangan segera telah pun disalurkan kepada mereka yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa bagi meringankan beban.

Tegasnya lagi, beliau akan senantiasa turun padang dan melihat dengan lebih dekat setiap permasalahan yang dihadapi.

“Sebagai sebuah kerajaan, maka kita tetap peduli dan prihatin dengan setiap masalah rakyat.

“Kita senantiasa memberi dokongan kepada mereka yang memerlukan.

“Oleh kerana itu, sekiranya mana-mana penduduk yang merasakan mereka mempunyai masalah termasuklah infrastruktur dan kemudahan awam boleh menyalurkan maklumat kepada pusat khidmat Dun,” jelasnya lagi.

3.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 6.0
CATEGORIES