Malaysia Dateline

Adun Permatang Pasir tekun turun padang bantu masyarakat pelbagai kaum

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, merealisasikan aspirasi peduli rakyat tetap menjadi prioriti kepada Faiz Fadzil.

Walaupun sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti, beliau tetap istiqamah turun padang secara rutin bagi mendekati pengundi dan penduduk dalam kawasan Dun Permatang Pasir yang diwakilinya.

Yang terbaru, Faiz segera turun padang bersama-sama dengan agensi kerajaan terlibat agi meninjau masalah kekurangan air bagi kawasan sawah di Permatang Nibong, Permatang Pauh.

“Dalam menyelesaikan masalah kemudahan awam rakyat dalam kawasan Dun Permatang Pasir, hubungan baik dan integrasi dengan agensi kerajaan terbabit amat penting.

“Ini adalah kerana agensi kerajaan merupakan penyampai perkhidmatan kerajaan kepada rakyat sehinggalah mereka mengambil insiatif segera mengepam air sungai ke tali air bagi membantu menambah bekalan air ke kawasan sawah di Permatang Nibong.

“Majlis Bandaraya Seberang Perai juga mengambil insiatif segera melalui kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan Pasar Awam Penanti bagi memastikan segala kemudahan dapat diakses dengan sebaik mungkin, ” ujarnya.

Faiz turut meninjau kawasan kediaman di Kampung Bukit Merah yang dilanda ribut dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga terlibat.

Malah tanpa mempedulikan penat dan lelah, Faiz juga menghabiskan masa beliau dengan meninjau beberapa kediaman di Kampung Bukit Merah, Permatang Pasir yang dipukul ribut.

Ia juga melawat beberapa kediaman masyarakat Tionghua yang terlibat dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

“Sebaik sahaja mendapat makluman mengenai bencana yang menimpa, lawatan segera telah dibuat ke beberapa buah rumah terlibat.

“Ada beberapa buah rumah yang rosak dibahagian bumbung akibat dipukul ribut.

“Sejajar dengan itu, agenda peduli rakyat Pakatan Harapan segera merawat duka penduduk merentasi batasan kaum dan agama serta fahaman politik, ” tambah beliau.

Menurut Faiz lagi, selain dari menunaikan tanggungjawab dan amanah, ia juga selaras dengan tuntutan agama yang memberi kesejahteraan kepada seluruh alam melalui konsep Rahmatan Lil Alamin.

Faiz meninjau beberapa kediaman di Kampung Bukit Merah yang terlibat dengan kejadian ribut dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.